One Fine Saturday I was in Serikin – The Hottest Tourist spot in Jagoi area

Posted on

“Pasar Raya” di perbatasan Sarawak – kalimantan adalah tempat yang paling sibuk tibanya hujung minggu. Biasanya sampai trafik jam dari lebih satu kilometer.

Perkampungan Bidayuh Kpg Serikin merupakan “Pasar Raya” terbuka dibawah bumbung langit yang biasanya panas & hangat olehkerana kedudukannya ditepi Garis Khatuliswa.

Kampung Serikin

Sampai saja dikampung, mesti mahu cari letak tempat kenderaan. Dari tempat letak kenderaan, mungkin anda perlu berjalan sejauh 550 meter ke hujung tempat jualan dan patah balik. Ini akan membuat anda berjalan sejauh lebih satu kilometer.

Bagi sesiapa yang suka buat konten social media, ini adalah satu daripada tempat di kawasan Jagoi dimana anda akan mendapat material baru untuk membuat konten anda.

Kebanyakkan pengunjung yang datang dari seluluh pelusuk Malaysia. Ramai pengunjung dari Malaysia Barat akan ke Pasar Raya Serikin ini sebelum mereka berangkat pulang ke Semenanjung malaysia.

Dari pandangan mata saya – tiada apa yang saya akan beli di serikin tetapi dari pandangan mata orang lain, di serikinlah mereka akan shopping.

Apa yang unik disini ialah kampung Serikin terletak di Sarawak. Tapak Jualan dan gerai semua disini tetapi penjual-penjual di tapak jualan ini rata-rata orang Indonesia. Mungkin 75% penjual ditempat ini adalah orang Indonesia, kebanyakkannya dari kalimantan. Selebihnya adalah orang tempatan kampung Serikin.

Terdapat banyak produk-produk adalah dari Kalimantan / Indonesia dan banyak juga produk-produk dari Kuching / Sarawak tetapi pengunjung akan pasti berfikir produk-produk itu datang dari Indonesia.

Dibawah ini adalah sebahagian sahaja yang terakam untuk gambar. banyak lagi yang tidak disnap.

Pengunjung
Pengunjung
The Great Baruk – latest Makan Place
Great Baruk – new R & R
Animal Skin
Limau Kasturi, Cili, Tomato
Kerusi Meja Rotan
Udang kering
Ukiran Kayu – Thema Indonesia
Kulit Kayu – Untuk membuat Minuman “keras” – ragi
Keropok / kerepek
Peralatan memasak / Dapur
Pakaian Kasual corak ala baju dalam koboi
Pengunjung
Barangan kraft tangan – bag, gelang tangan
Peralatan memasak – Kuali, Lesung Batu
Barangan Krafttangan – Tikar Rotan, Kerusi Rotan
Anak Pokok Kari, Cili, Asam, Jambu
Buah Buahan
Makanan Ringan – Made In Indonesia
Jualan Minyak Urut
Jualan Minyak Urut
Jualan Pakaian Traditional

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *