Kerajaan Pertimbang Larangan Telefon Pintar Untuk Pelajar Bawah 16 Tahun

Posted on

Kerajaan Pertimbang Larangan Telefon Pintar Untuk Pelajar Bawah 16 Tahun

Tarikh kemaskini: 27 Oktober 2025
Sumber rasmi: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Apa Sebenarnya Berlaku?

Ramai orang terkejut bila gambar “surat rasmi Jabatan Perdana Menteri” mula tersebar — kononnya kerajaan sudah mengharamkan semua individu bawah 16 tahun daripada memiliki atau menggunakan telefon pintar. Mula-mula saya pun terkejut juga sebab terima dalam whatsapp group…tapi saya sudah baca atau dengar seminggu yang lepas dimana kerajaan akan mempertimbangkan hal ini.

Hakikatnya: Surat in dibawah palsu (fake).
Tiada pengumuman rasmi daripada Jabatan Perdana Menteri.
Yang sebenar ialah kenyataan media Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertarikh 17 Oktober 2025.

Surat ini tular di media sosial kononnya dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri pada 20 Oktober 2025. Setelah semakan, surat ini bukan surat rasmi kerajaan Malaysia dan telah disahkan palsu. Rujukan rasmi boleh didapati melalui Kenyataan Media Kementerian Pendidikan Malaysia (17 Oktober 2025) di portal www.moe.gov.my

Kandungan Sebenar Kenyataan KPM

KPM sedang meneliti garis panduan cadangan untuk mengawal penggunaan telefon pintar di sekolah bagi pelajar bawah umur 16 tahun.
Langkah ini sebahagian daripada usaha kerajaan untuk:

  • Meningkatkan keselamatan dan disiplin di institusi pendidikan.

  • Mengurangkan ketagihan digital dan gangguan tumpuan belajar.

  • Menyokong had umur 16 tahun bagi penggunaan media sosial — idea yang kini sedang diteliti oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

KPM akan keluarkan garis panduan rasmi dalam masa terdekat selepas kajian dan perbincangan rentas kementerian selesai.


Apa Yang Tidak Betul

Surat palsu bertarikh 20 Oktober 2025 yang kononnya dari JPM itu mendakwa:

“Semua individu bawah umur 16 tahun DILARANG sama sekali daripada memiliki, menggunakan atau mengakses telefon pintar di Malaysia mulai 1 Januari 2026.”

 Itu tidak benar.
Tiada sebarang perintah, denda RM5,000, atau hukuman khidmat masyarakat dikeluarkan.
Pihak JPM tidak pernah mengeluarkan surat sebegitu.


Arah Tuju Seterusnya

Kerajaan kini mempertimbangkan beberapa langkah:

  • Telefon pintar mungkin dihadkan penggunaannya dalam kawasan sekolah sahaja.

  • Ibu bapa, PIBG dan komuniti akan digalakkan bantu pantau keselamatan dan disiplin pelajar.

  • Kementerian Komunikasi akan tingkatkan kesedaran keselamatan siber dan aktiviti alternatif sihat untuk remaja.


Ringkasnya

Belum ada larangan penuh.
Kerajaan masih meneliti cadangan untuk mengawal penggunaan telefon pintar bagi pelajar bawah 16 tahun, terutamanya di sekolah.
Jangan mudah percaya pada surat viral tanpa semakan sumber rasmi.


🔗 Rujukan:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *