









Gambar atas: Datuk Henry menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang kategory peragaan Pakaian Tradisi Bidayuh.
Setiap tahun, masyarakat Dayak Bidayuh di seluruh Sarawak / Kalimantan menyambut Hari Gawai dengan penuh kegembiraan dan semangat kekeluargaan. Namun, Sambutan Perayaan Gawai di Kampung Serasot mempunyai keunikannya yang tersendiri — satu perayaan yang bukan sekadar meraikan musim menuai, malah menghormati akar tradisi kaum Bidayuh yang kaya dan bermakna.
Bila Gawai Disambut di Kampung Bidayuh Daerah Bau?
Ramai yang menyangka Gawai hanya disambut pada 1 Jun setiap tahun. Namun, secara tradisinya, kampung-kampung Bidayuh di Daerah Bau mempunyai cara tersendiri dalam merancang sambutan ini.
Sambutan biasanya diadakan pada mana-mana hari hujung minggu dalam bulan Jun, dan ada kalanya sambutan berlanjutan sehingga ke bulan Julai. Ini bukan kerana mereka lambat meraikan, sebaliknya ia adalah satu kebijaksanaan tradisi.
Kenapa Tidak Pada 1 Jun?
Dulu-dulu, perayaan ini dirancang bermula dari hari Khamis, Jumaat, dan mencapai kemuncaknya pada malam Sabtu — selama 3 hari dan 2 malam. Tujuannya mudah: supaya anak-anak kampung yang bekerja di bandar dapat pulang dan terlibat sama dalam acara tradisi yang bermakna ini, dan yang paling penting ialah keberadaan Ketua Gawai yang kadang-kadang dipinjam dari kampung lain.
Ia adalah satu bentuk inklusiviti yang bijak — memastikan generasi muda tidak terputus daripada warisan nenek moyang mereka.
Tetapi kebelakangan ini selepas kebanyakkan penduduk kampung telah menganut agama Kristian, sambutan hari Gawai tidak lagi seperti dulu-dulu. Ia disambut pada 1 Jun atau satu hari/malam di hujung minggu atau cuti umum. Sambutan tidak lagi berbentuk “spiritual” macam dulu-dulu tetapi lebih kepada menjalin seratu rahim bersama keluarga, rakan-rakan dan sahabat handai, tetamu-tetamu jemputan serta pembesar-pembesar di Balai Raya atau Dewan Masyarakat. Dihidangkan makanan sama ada melalui catering atau gotong-royong serta dihiburkan oleh nyanyian karaoke, tarian tradisi dan live band. Biasanya, YB tempatan akan dijemput sebagai tetamu kehormat, dan sumbangan juga diumumkan.
Gawai Tradisi Berbeza dengan Sambutan Moden
Sudah berpuluh tahun kampung-kampung di Daerah Bau tidak lagi menjalankan Gawai yang melibatkan acara-acara spiritual seperti mana yang diamalkan oleh nenek moyang dahulu. Namun, semangat untuk menghormati tradisi itu tidak pernah padam.
Kini, sambutan lebih berfokus kepada:
- Menandakan hari perayaan Gawai dengan penuh kebanggaan
- Menghormati tradisi asal kaum Bidayuh
- Mempererat hubungan antara generasi muda dan warga tua kampung
Pendekatan ini membuktikan bahawa sesuatu tradisi boleh berkembang tanpa kehilangan jiwanya.
Perarakan: Jantung Sambutan Gawai Serasot
Antara acara yang paling dinantikan dalam Sambutan Perayaan Gawai di Kampung Serasot ialah perarakan mengelilingi sebahagian kawasan kampung. Perarakan ini melibatkan beberapa kumpulan yang berarak dengan penuh semangat dari Balai Raya Serasot melalui kawasan Sibatuh sebelum tiba di Dewan Serbaguna Serasot.
Selepas perarakan selesai, kontingen disambut dengan penuh hormat oleh Yang Berhormat Dato’ Henry Harry Jinep, ADUN N2 Tasik Biru, yang juga memegang jawatan Timbalan Menteri Pengangkutan Laut & Sungai, bersama Ketua Kampung Serasot dan para jemputan khas.
Aturcara Majlis: Dari Petang Hingga Larut Malam
Sambutan pada malam kemuncak berlangsung dengan penuh meriah. Berikut adalah aturcara lengkap majlis:
| Masa | Aktiviti |
|---|---|
| 5:00 petang | Berkumpul di Balai Raya Serasot |
| 5:15 petang | Taklimat dan Doa Perarakan |
| 5:30 petang | Perarakan bermula |
| 6:30 petang | Ketibaan kontingen disambut tetamu kehormat |
| 7:00 petang | Tarian Penyambut, Bacaan Doa, Ucapan Aluan KK Serasot |
| — | Tayangan Montaj & Jamuan |
| — | Persembahan Tarian & Ucapan YB Dato’ Henry Harry Jinep |
| — | Pertandingan Pakaian Tradisional |
| — | Hiburan: Live Band, Karaoke & Cabutan Bertuah |
| Kemuncak | “Ngigar Nguguoh” |
Acara kemuncak malam itu ialah “Ngigar Nguguoh” — satu tradisi yang menjadi tanda kemeriahan dan kegembiraan bersama sebelum majlis bersurai.
Warisan yang Perlu Dijaga Bersama
Sambutan Perayaan Gawai di Kampung Serasot adalah bukti nyata bahawa tradisi tidak perlu mati ditelan zaman. Dengan perancangan yang bijak, penglibatan pemimpin masyarakat, dan semangat gotong-royong penduduk kampung, Gawai terus hidup — bukan sekadar sebagai perayaan, tetapi sebagai identiti kaum Bidayuh yang diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain.
Selamat Onu Gawea Sowa ! 🌾

Leave a Reply